Guitar

Guitar
Teringin nak SESEORANG mainkan lagu guna gitar

Disember 29, 2014

Dan Biarkan Hati yg Berbicara

Assalamualaikum wahai Sahabat sekalian..

Dan tiba² hati ni nak bercerita tentang perasan dan si dia..

So, here we go ..

"Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi"

Dulu dia yg mengajar aku erti setia. Setia pada hubungan kami. Setia walau jauh, setia walau apapun yang jadi.. .. Setiap apa yg dia ucap aku ingat lagi.. Dengan dia aku belajar untuk setia. Belajar untuk menunggu seseorang itu. Iaitu menunggu dia. Menunggu setiap khabar dari dia.. Ya Allah.. sakitnya rasa.. Dulu setiap masa aku tunggu dia msg.. msg walau skali sehari pun dah memadai..

Tapi, kadang bila hati ni dah rindu sangat diri dia, aku msg jugak. Walaupun aku takkan gagu dia bekerja. Tapi apa yg aku dapat? Sampai hati dia.. Block aku dekat wasap, dekat wechat.. Mungkin dia ingat aku taktahu tapi aku diamkan. Aku nak tgk sejauh mana dia nak block aku..

Satu hari, kami berjumpa.. semasa hari dia graduasi.. Rasa rindu ni betul² terubat.. Aku rasa dia dekat dgn aku walau lama tak jumpa.. . Aku ingat lagi hari tuu dia pergi untuk pulang ke Melaka. Aku npk dia mengesat tangisannya. Sayu rasa hati ni bila teringat kembali..

Namun, ianya hanya untuk beberapa hari. Dan perkara yang paling menyakitkan apabila dia menghantar msg perpisahan Hati ni rasa luluh bagai dipanah duri sembilu.. Dengan alasan nya taknak aku menunggu dia. Ya Allah, kenapa dengan alasan macam tu dia bagi dekat aku???

Dia taktahu aku sanggup tunggu dia sampai hampir setahun tapi sampai hati dia bagi alasan macam tu. Hati ini tidak sanggup lagi.. Biarkan dia dgn keputusannya. Walau hati aku pedih, aku terima. Aku terima kalau kau bukan jodoh aku.
Sebab aku tahu, aku bukan yg terbaik untuk diri kau..

*Ku doa agar dikau Bahagia :')