Guitar

Guitar
Teringin nak SESEORANG mainkan lagu guna gitar

Disember 29, 2014

Dan Biarkan Hati yg Berbicara

Assalamualaikum wahai Sahabat sekalian..

Dan tiba² hati ni nak bercerita tentang perasan dan si dia..

So, here we go ..

"Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi"

Dulu dia yg mengajar aku erti setia. Setia pada hubungan kami. Setia walau jauh, setia walau apapun yang jadi.. .. Setiap apa yg dia ucap aku ingat lagi.. Dengan dia aku belajar untuk setia. Belajar untuk menunggu seseorang itu. Iaitu menunggu dia. Menunggu setiap khabar dari dia.. Ya Allah.. sakitnya rasa.. Dulu setiap masa aku tunggu dia msg.. msg walau skali sehari pun dah memadai..

Tapi, kadang bila hati ni dah rindu sangat diri dia, aku msg jugak. Walaupun aku takkan gagu dia bekerja. Tapi apa yg aku dapat? Sampai hati dia.. Block aku dekat wasap, dekat wechat.. Mungkin dia ingat aku taktahu tapi aku diamkan. Aku nak tgk sejauh mana dia nak block aku..

Satu hari, kami berjumpa.. semasa hari dia graduasi.. Rasa rindu ni betul² terubat.. Aku rasa dia dekat dgn aku walau lama tak jumpa.. . Aku ingat lagi hari tuu dia pergi untuk pulang ke Melaka. Aku npk dia mengesat tangisannya. Sayu rasa hati ni bila teringat kembali..

Namun, ianya hanya untuk beberapa hari. Dan perkara yang paling menyakitkan apabila dia menghantar msg perpisahan Hati ni rasa luluh bagai dipanah duri sembilu.. Dengan alasan nya taknak aku menunggu dia. Ya Allah, kenapa dengan alasan macam tu dia bagi dekat aku???

Dia taktahu aku sanggup tunggu dia sampai hampir setahun tapi sampai hati dia bagi alasan macam tu. Hati ini tidak sanggup lagi.. Biarkan dia dgn keputusannya. Walau hati aku pedih, aku terima. Aku terima kalau kau bukan jodoh aku.
Sebab aku tahu, aku bukan yg terbaik untuk diri kau..

*Ku doa agar dikau Bahagia :')

November 18, 2014

First Entry For 2014

Assalamualaikum and Selamat Malam Blogger Land :)

Lama tak ngedate blog ni. Almaklumlah, student life.. Busy dengan assgnmt laaa, assesment laaa, macam-2 laaa kan. So, masuk sem5 ni selepas latihan industri laa kan, menyewa dekat KU2. Dekat jee sblh dgn poli. Sekarang pun dah habes sem5 and going to last sem and around 1 week smtg lagi nak masuk sem6 ^^
So far, for diploma Alhamdulillah, baik-2 semuanya. Walaupunnnn macam-2 cerita, perkara, moments, peristiwa yang berlaku. Hm :')

Alhamdulillah, setakat sem5 tadak carry apa2 subject, and i hope akan ending yang terbaik untuk sem6 ni.. InshaAllah kalau Allah izinkan. Masa sem5 ni, aku start duduk dgn Yana. Sem2 sblum nih duk dengan Zatty tapi ada sebab-2 yang munasabah, so aku dlm kelas duk dgn Yana :) Semester ni dalam kelas kebanyakan assgnmnt semua aku dgn Yana group dgn Hariz,Wan and Din. Not bad laaa kerja dgn dorg tapi kena sabarlah. Biasa lah lelaki, selalu nak kena suruh. Nak kena ketuk baru jalan. Kadang sakit hati jugak. Hahah.

Oh yea, tahun 2014 nih jugak Syahrul Izzuddin convo. Tahniah. Rasa happy sangat dapat jumpa dia walaupun sekejap je. Tapi, kerna terpaksa aku lepaskan, aku terpaksa lupakan dia. Sebab tahun 2014 jugak bulan10 aku dgn dia dah takde apa-2 relation. Ya Allah, mmg sakit rasanya dgn alasan yang dia bagi. Tapi, aku terima aku terima semua keputusan dia. Tapi kenapa dengan sebab yang aku rasa tak munasabah tu?? HMMMM :'( *Lupakan Orang Yang Tak Pernah Hargai Kita*

Okay, done cerita sad-sad *lap airmata yg tak mengalir
Tahun ni last RAYATHON dekat Poli :( Walaupun terdapat krisis besar masa dekat-2 jamuan tu.. Hahahaha. Hm,, ntah laa. Macam-2 laaa. Kata umur dah 20! Nak masuk 21 dah wehhhh tahun 2015 niiiii. Haihhhhh.. Umur saja dah masuk 21. Tapi perangai, macam budak umur 12tahun! Nah sedikit gambar kenagan masa raya tahun 2014 @ PTSB :)

*Lambat sangat line. Tak dapat nak upload gmbar :3
 *Kami sedondon hitam and blue turqouise
  *Thats all. Baiiii

-Done 2014-

Oktober 28, 2013

#ThrowBack

Assalamualaikum , Hai hai awak awak !

Lama tak update blog *tiup-tiup habuk . So, semoga semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah :) Minggu ni student Politeknik semuanya dalam minggu peperiksaan akhir. Termasuklah aku yang juga pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah . This is Darul Aman K ^^V

So, here are a BIG wish for you you you you you and you you you and ME GoodLuck . InsyaAllah , kita dah berusaha and tawakkal jelah lepas final ni.. Dah laaa dengan sistem portal pelajar tak boleh tengok, gila tension taktahu nak target macam mana :( Just berharap sem ni lepas with a flying colours :') Dan dengan nak final ni ditimpa masalah besar yang aku sendiri create-kan utk kusutkan diri sendiri . Oh, how ngokngok am I !

Okay , berbalik semula kepada tittle atas ialah #throwBack . Sebenarnya nak cerita pasal hari Ahad haritu 19/10 lepas balik dari Poli sebab ada nak settlekan problem , budak-budak rumah ajak gi Pantai Merdeka . Then , sebenarnya dah malas nak keluar tapi Zatty ajak , so pergi jelah lagipun dapat release tension sikit.
And and , now sedikit sebanyak gambar kenangan Villa KTC70 :D

Kami sebenarnya serumah ber-sebelas (farah aina nyna ayu kirah pinat mira mek zatty yana peah) tapi , pergi berjimba ni kami ber-sembilan je ~.~

Antara penghuni Villa 70 . Aina Peah(me) Pinat Kirah Yana Ayu Nyna

*Geng-geng sakai comel ^^V


This is CANDID *suka ni sebab aku nampak putih . Hahahaha



Nak tahu tak , prinsip geng budak rumah kami satu je , tak boleh tangkap gambar sendiri ! Tahu apa maksudnya ? Dilarang tangkap gambar sorang sebab yang lain pun nak masuk. hahaha . K , macam macam muka , macam macam warna baju , macam macam perangai tapi kami SATU :) 

Bak kata orang , KAMI BUDDIES KAMI TAKKAN TERPISAH ..

Okay , sambung nanti sebab nak sambung study . Hehe . Esok , 29/10 paper Financial Accounting 2 ! Pukul8 pulak tuu ! Ahhhh , wish me LUCKKKKK :*

p/s Sama rumah sama poli sama kos sama kelas SAYANG MEREKA :)










September 28, 2013

Today is Saturday

Assalamualaikum bloggers . So , harini 28 September 2013 bersamaan hari Sabtu :)

Harini dengar cerita Pantai Merdeka meriah jee . Almaklum , geng COE Utara turun . Kannnn . Saya tak sure ada event ape depa pi sana tapi , memang ramai kott dekat 2k kata . "Katanya" lahhhh~

Pokleh ada ajak teman dye jual sticker almaklum dye punn sebahagian daripada geng coe . Tapi , takmaw lahhh . Bukan stail kita k :) So , tunggu jelah nanti confirm dye cerita pasal event tuu harini . Hahaha . Tapi dye cerita kat aku umpama masuk telinga kanan , and keluar telinga kiri XD

Aku ni jenis malas nak dengar cerita orang panjang panjang sebab nanti aku tak reti nak coment apa . Hehe . Maafkan saya . Tapi , trust me ! I AM A GOOD LISTENER ! Aicehhh *puiii , muntah kuning~ Tapi , betul lahhh ! Kalau awak awak nak cerita ape , cerita kat saya . Saya umpama sebuah diary awak :*

So , actually duk tunggu Nazmin Razali aka Bob aka Gendut *my classmate* hantar link blogg dye tapi sampai lani tak sampai . Agaknye dye tengah meng-update blog dye kottt . Okay , sabar jelahhh~  Di kesempatan itu , saya yang bijaksana lagi comel mengambil kesempatan untuk turut serta meng-update blog saya . Hehehe :D

Okay , tetibe saya terfikir untuk 'CREATE' satu blog for our classss ! Wahhh , macam osemmm gitu . Osem tuuu makanan apa ? Okay , just JK . Jk is joking . Kd is kidding . Eh ? tapi , seriously , rasa nak create satu blog for DAT A :D

Sebab masih ingat lagi , dulu masa sekolah menengah , masa form4 kat DTHO , dorang ada buat blog special untuk kelas A . Hihi . Teringin pulak untuk DAT A kannn :') Tapi , dapat sambutan ke ? Takmaw laaa , nanti dorang duk kata ape pulak kannn :(

Oh yaaa , lupa nak cerita tadi masak asam pedas ikan pari and sayur terung . Tapi , macam tak jadi je terung tuuu . Sedih gilooo den . Haha . Then , Manggeh ngn Toq singgah makan . Paksa dorang makan . Haha . Toq tambah haaa . Sedap sangat kottt *perah santan

Manggeh kata , Toq kalau tambah mesti makanan tuu seddap sebab tuuu dye tambah . Hehe . Malu ceqqq ! Tapi , tak seberapa sangat sebab mama kata asam pedas tadi tak pekat . Mungkin sebab terletak lebih kot air . Tu yang jadi cair sikit . Takpeee , nanti boleh terai lagiiii ^^V

Okay , sampai sini duluuu . Waa'laikumussalam :*

P/S Saya betul betul suka memasak walaupun kekadang tak sebape sedap :')







September 11, 2013

Tabung Aman Palestin

Assalamualaikum . Hi and Selamat Malam warga Bloggers semua . So , sekarang 22:52 baru berkesempatan untuk stalk post post awak semua . Hihi . Yelah , tadi kelas pukul8 then sampai 10am . Pagi tadi lepas makan makan gelak gelak semua , terus pergi jalankan operasi penuhkan TABUNG AMAN PALESTIN :D

Kami pelajar softskill jee k untuk semester3 PTSB yang dapat tugasan ni . So , kutipan sebenarnya berjalan dari semalam tapi disebabkan hujan hanya dapat sedikit tapi , alhamdulillah ada juga yang sudi menderma.

Okay , tadi petang pergi dekat Taman Selasih , Gaint and "sekolah-sekolah"(dua buah sekolah je pun). First tu , kami pergi sekolah SMK Kulim . Jumpa PK Petang. Beliau just izinkan untuk buat kutipan hanya pada staff(guru-guru).

Tapi , Yana ngokngek tuuu degil dye still pergi mintak dekat pelajar. Tapi , alhamdulillah budak-2 sangat baik dann menderma membantu saudara-2 kita disana :') Next , kami pergi lahh SMK Sultan Badlishah . Tapi , tunggu punya tunggu dorang punya Pegetua macam sia sia je sebab beliau tak benarkan :3

Rase macam buang masa je tunggu dia . Haih ! Tapi , takpe lahh , kitorang buat dengan ikhlas so , tak mengapa ^^V Okay , back to pergi dekat Gaint tuu , kami mintak sumbagan dari sepasang husband and wife ni . Rupanya pasangan tu memang dah lama cari yg number account AMAN PALESTIN tu . So , alhamdulillah :)

Kutipan untuk malam ni pulak , kami pergi pasar malam . Hihi . So  masa on the way nak pergi tuuu , ada nampak geng lahh(dua biji moto , tiga orang) dekat traffik light . Sorang tuu kami nampak dia pegang tabung Aman Palestin jugak . So , kami syak dia mesti nak pergi buat kutipan dekat pasar jugak . Hahaha . Ok , nampak tak ada persaingan disitu ?

Esok adalah hari penutupan minggu Keusahawanan dan juga hari penyerahan tabung tersebut . Tadi dahh counting semua and alhamdulillah , kutipan sangat berbaloi . Dan semoga sedikit sebayak dapat membantu saudara kita disana :')

"Perasaan yang sangat best dan gembira tak dapat d gambarkan apabila kita berbuat amal :)"

Now , sedikit gambar untuk tugasan kami ni :D

*Tunjuk surat pengesahan dekat adik 

*peace with tabung :)

*maaf saya suka atur tudungg 

*MAAF , gambar banyak dari belakang sebab ditangkap tanpa kami ketahui XD(dicaptureby:khai)

P/S Marilah sama sama kita menderma dan saling membantu saudara kita disana . SAVE PALESTIN !

September 09, 2013

Lets sing TOGETHER !

ASSALAMUALAIKUM :)

                     
                        *Say ALHAMDULILLAH , THANKYOU ALLAH 2x for my mother

Sape pernah dengar lagu ni ? Mesti semua pernah dengar kannn ? Lagu ni memang best and sangat bererti bagi kita kan. Semua yang berkaitan dengan kita . Sejak kitaa lahir , masa zaman kanak kanak and sampai dah besar sekarang , mama dan abah yang selalu ada dengan kita . Selepas Allah dan Rasulullah :)

Ibu adalah orang yang lahirkan kita . Dia orang yg paling sayangkan kita . Dia sentiasa sorokkan kesedihan dan kepayahan dia dalam membesarkan kita. Dia antara orang yang sentiasa doakan kejayaan kita. Supaya nanti kita di masa hadapan tak hidup susah. Dia sanggup lakukan apa saja untuk lihat anak-2nya berjaya. Semasa kecil , mama sanggup berjaga waktu malam untuk menjaga kita , elakkan dari kita kena gigitan nyamuk. Dia tak sanggup tengok anak-2 dia sakit. 

Pengorbanan seorang IBU sangat banyak dan tak mampu kita ungkapkan . Kita sebagai seorang anak seharusnya menghargai jasa ibubapa kita dalam menjaga kita sejak kecil hingga besar. Im really love my mom, SERIIAH ABDULLAH . Kadang kala , kita tahu dia susah dan sedih . Sehinggakan dia menitiskan air mata dalam diam dan kita tak akan sanggup tengok beliau bersedih sebab, dia orang yang paling kita sayang menitiskan airmatanya .

"Ya Allah , kau panjangkan lahh umurku dan ibuku supaya suatu hari nanti aku dapat membalas jasa jasanya dan dia gembira serta bangga mempunyai anak seperti kami adik beradik kerna selama ini dia telah berusaha dalam membesarkan kami. Amin :') "







September 08, 2013

Matahari

Assalamualaikum . *bloggg updated*

So , today hari AHAD . And ahad is a work day for "orang Utara". Oh , betul betul lazy SUNDAY ! T.T
Macam biasa , hari ahad syiok sikit lahhh sebab kelas just sampai pukul1 :D And petang tuu heaven . Boleh tido puas puas . Hahaha . *tido je kerjanya*. Tadi dalam kelas UBS(kelas makmal computer) , mungkin kamai orang yang first rasmi guna camera pc . Haha . Ok , masa tuuu lecturer(Pn.Asmidar) tinggalkan kami buat excercise . So , after siap semua tuuu adelah lagi setengah jam macam tu kott , rase terlalu bosan . Then , ajak Yana snap photo pakai pc tuhh . 

Tapi, lecturer memang pandai sebab software untuk guna pc camera tuu mereka UNINSTALL . But , student lagi lahhh pandai sebab , boleh bukak facebook kannn snap guna profile picture :P Macam nilahhh budak budak . Tapi , memang bergambar memang best okayyy ^^V So, tak banyak punnn gambar yang kami snap . Tapi , cukupla hanya memadai~

                           
*Yana edit tak elok ! Urhhh . Hariz Khai Mek Yana Peah*

Next , lepas habis kelas pukul 10am tuuu , kami punn terkedek pergi makan . Masa makan tuu , pinat dye cakap tercekik tulang . Then Aina cakap 'hang makan ikan ke ? Tengok hotdog ja . Takkan ada tulang !" . Saya punn cakapla "dia tercekik tulang cili". Then semua ketawa . Haha . Kite nampak cili jee banyak sebab tuu cakap dye makan tulang cili . Its wrong ? -_______-

Selesai bergelak tawa masa makan , kitorang punnn pergi lahhh kelas sebab kelas costing pukul11 . Haih , lumrah hidup seorang pelajar. So, masa kelas costing kena marah sebab tak boleh jawab mase kuiz T.T Sangat sedih . Mungkin soalan tuuu memang mengelirukan . Sebab tuu ramai yang takleh nak jawab . Puan cakap "saya tak boleh nak lepaskan kamu semua macam ni , sebab costing adalah pra-syarat untuk kamu lepas ke MA . Kalau saya lepaskan , kamu akan menyusahkan lect yang akan ajar MA nanti". 
*Masa dengar tuuu , serius rasa macam kerdil gila . Takut . Tapi , mesti boleh buatkan kalau kita berusaha , banyakkan ulangkaji ! :)

*BTW, final nak dekat dahhh , so , GOODLUCK <3 Lepas sem3 ni , masa LI pulakkk :D

p/s wish me luck yaaa :'D